Antaranya ialah mengenai kenyataan beliau bahawa "Wanita dibenarkan melacur". Beliau antara lain mengatakan bahawa wanita boleh melacurkan diri jika kesempitan hidup atau darurat. Kenyataan tersebut yang telah disiarkan dalam ruangannya di akhbar Harian Metro pada 19 Jun 2005, jelas merupakan satu dakyah yang amat berbahaya dan boleh merosakkan umat Islam. Apa yang melucukan ialah kenyataan beliau itu muncul tatkala beliau sering mengatakan bahawa beliau akan memainkan peranan untuk memulihkan kembali akhlak golongan wanita di Baling khususnya yang didakwa telah jauh tersimpang dengan ajaran Islam.
Kes yang kedua ialah ketika serbuan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terhadap remaja Melayu yang mengadakan Pesta Seks di Disko Zouk, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 13 Januari 2005. Biarpun kejadian tersebut dianggap suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini, namun Dr.Mashitah lebih suka menyalahkan pihak JAWI yang kononnya bertindak melampau terhadap remaja terbabit. Walhal, dalam kes tersebut remaja terbabit sememangnya berperlakuan sumbang, minum arak serta langsung tidak mencerminkan imej seorang remaja di sebuah negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini.
Dan sesungguhnya kini, keimanan dan ilmu agama yang dimilik oleh Dr.Mashitah semakin boleh dipertikaikan sama sekali. Kenyataan beliau dikhalayak ramai tentang Hukum Hudud tidak sesuai sama sekali digunakan di zaman ini jelas mengingatkan kembali kepada kita tentang kenyataan biadab bekas memanda menteri Dr.Mahathir suatu ketika dulu. Bunyinya hampir sama, tetapi natijahnya tetap satu iaitu mereka cuba menghina dan memperlekehkan hukuman yang telah termaktub di dalam Al-Quran sejak sekian lama. Jika Mahathir mengeluarkan kenyataan ini, mungkin beliau terlalu cetek ilmu agama. Namun bila kenyataan celupar ini dikeluarkan oleh tokoh agama terkenal seperti Dr.Mashitah, ianya adalah sesuatu yang amat berbahaya sebenarnya. Ia bukan sahaja merosakkan minda, malahan juga akidah umat Islam terutamanya golongan muda yang dipercayai menjadi sebahagian besar pendengar beliau ketika itu.
Apakah yang terjadi kepada Dr.Mashitah sebenarnya? Apakah mungkin beliau perlu ditarbiyah semula. Mungkin juga jiwa, minda dan keimanan beliau sedikit terpesong akibat sering kali mendengar tazkirah yang disampaikan oleh para pemimpin Islam Hadhari? Jika beginilah Dr.Mashitah sekarang, sungguh malang sekali nasib beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan